Apr 7, 2010

Budaya Lepak Di Kalangan Remaja

Topik aku kali ni pasal budaya lepak.Zaman dulu-dulu orang lepak di wakaf atau pondok.Zaman sekarang kat Shopping Complex atau Cafe.Anda baca pendapat yang aku petik dari satu forum yang membicarakan masalah lepak.

Pendapat 1

Budaya Lepak, Melepak atau berjemur adalah satu aktiviti yang tidak bermoral dan membuang masa. Budaya lepak menyebabkan meningkatnya kes jenayah juvenil, kenakalan, dan jenayah ringan dan berat dalam masyarakat.
Golongan belia yang terlibat dengan budaya lepak ini mempunyai ciri sosiobudaya tertentu seperti pengangguran, pendidikan tidak kesampaian atau keciciran lebih awal, kehidupan keluarga yang tidak terurus dengan baik, kurang disiplin dan pengawalan diri, mudah terpengaruh, tidak menyukai tugas yang memerlukan tumpuan dan daya usaha, asas pendidikan agama yang lemah, putus asa kerana gagal dalam sesuatu hal yang berkaitan dengan diri sendiri, tidak mempunyai cita-cita yang kuat, kurang rasa tanggungjawab, tidak mampu mengambil cabaran, tidak ada daya usaha, dan mengharapkan orang lain. Mereka banyak menimbulkan masalah dan menjadi beban kepada ibu bapa dan masyarakat umumnya.
Budaya lepak di kalangan belia sering dikaitkan dengan isu sosial seperti kecenderungan untuk mencipta identiti baru, kecenderungan kepada kelainan, masalah penggunaan masa senggang, ketandusan wawasan hidup, keinginan melepaskan diri daripada kongkongan keluarga, usaha mendapatkan publisiti, dan manifestasi atau sindrom sosial ketidakupayaan belia menghadapi perubahan dan pemodenan dalam masyarakat yang begitu cepat berubah.
-You and Me

Pendapat  2 
PELBAGAI bentuk gejala sosial yang melanda masyarakat dewasa ini menuntut cabaran untuk mengatasinya. Lepak umpamanya merupakan salah satu masalah sosial yang menjadi pemangkin kepada pelbagai masalah sosial yang lain. Ini bermakna masalah lepak tidak boleh dipandang remeh.

Budaya lepak amat ditakuti kerana boleh memusnahkan masa depan negara. Kebanyakan yang terlibat dalam gejala ini terdiri daripada generasi belia atau golongan muda remaja yang sepatutnya menjadi teras kepada kepimpinan negara. Tanpa tujuan, masa generasi muda belia dibazirkan dengan aktiviti melepak.


Firman Allah s.w.t. dalam surah al-A’as, ayat 1 hingga 5: Demi masa, Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan yang beramal soleh. Dan berpesan-pesanlah kepada kebenaran. Dan berpesan-pesanlah kepada kesabaran.


Bimbingan dan pengetahuan agama yang sedikit di samping kurangnya suasana hidup rukun damai dalam keluarga ataupun pengaruh keadaan di sekeliling yang negatif dan pergaulan yang tidak dikawal merupakan beberapa faktor remaja melibatkan diri dalam aktiviti melepak.


Hari ini aktiviti lepak telah melalui transisi lokasi. Kalau dahulu tempat-tempat awam seperti taman-taman permainan, stesen bas dan kawasan pejalan kaki sering menjadi lokasi utama. Aktiviti sekarang tidak terhad lagi kepada tempat-tempat sedemikian tetapi menular ke lokasi yang lebih ‘eksklusif’ umpamanya seperti pusat hiburan dan cafe bertaraf antarabangsa. Walaupun berlaku transisi, ia masih mengundang pelbagai masalah sosial.


Secara keseluruhannya, fenomena budaya lepak yang menjadi tunjang kepada gejala sosial wajar diberi perhatian oleh semua pihak. Ia penting untuk mendapatkan kesejahteraan hidup yang harmoni dan aman damai seiring dengan kemajuan negara. Setiap peringkat umur perlu menghindari amalan melepak tanpa arah tujuan agar masa yang ada dapat dimanfaat dengan sebaik-baiknya.


Adalah wajar sekiranya semua pihak terus cuba mencari resipi untuk mengatasi budaya yang tidak sihat ini. Dalam gerakan ini, program dan aktiviti seperti ceramah, motivasi, bengkel, program Rakan Muda, sukan dan rekreasi, dapat menghindarkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial. Aktiviti-aktiviti komuniti yang boleh menarik pelbagai peringkat golongan perlu dikemaskini bagi menarik penyertaan dan penglibatan aktif di dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan. Disarankan, pendidikan yang berteraskan agama disemaikan dengan keimanan, akhlak, nilai-nilai murni serta tatasusila ketimuran dari peringkat rendah lagi


Pak Malau

Pendapat 3
Budaya lepak yang menyaksikan remaja menghabiskan masa di tempat awam seperti kompleks membeli-belah, perhentian bas, taman bunga dan sebagainya masih menjadi agenda yang tidak ada penyelesaian hingga ke hari ini.
Lepak di kalangan remaja ini pasti dikaitkan dengan isu-isu penyalahgunaan dadah, jenayah meragut, AIDS dan seks bebas serta pembuangan anak.
Gejala sosial lepak khususnya di kalangan remaja mendapat perhatian serius kerana ia melibatkan belia di kalangan umur 15 hingga 25 tahun dan pelajar-pelajar sekolah menengah.
Mereka ini melepak di pusat-pusat hiburan video dan di tempat-tempat awam sewaktu, sebelum dan selepas waktu persekolahan.
Budaya lepak bukanlah tingkah laku semula jadi, ia dihasilkan oleh persekitaran melalui pemerhatian terhadap orang dewasa.
Golongan remaja perlu memperbaiki diri mereka dari segi pendidikan atau kerjaya supaya dapat sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara, namun perkara ini pasti tidak akan tercapai sekiranya anak-anak muda terus melakukan perbuatan sia-sia itu.
Kegiatan melepak jelas tidak berfaedah dan sangat merugikan. Ini dinyatakan dengan jelas dalam surah Al-Ashr:3, yang bermaksud ``Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh...''
Aktiviti melepak mempunyai kaitan dengan isu keselamatan negara kerana elemen yang tidak diingini mudah menyerap dan meracuni fikiran dan tindakan remaja yang melakukan kerja yang sia-sia itu.

Suria Pagi

Pendapat 4
Lepak - Lepak dikalangan remaja bawah umur

Orang tua dan penjaga memainkan peranan PENTING dalam membentras budaya lepak dikalangan anak-anak mereka. Kebanyakan orang tua tidak tahu bahawa anak mereka terlibat dalam grop lepak, biasanya mereka menyangka anak ada kelas tambahan, jumpa kawan dan banyak lagi alasan-alasan palus yang dipercayai mentah2 oleh ibubapa. Cuba selidiki siapa kawan anak-anak biskita, kemana dan apa tujuan anak biskita keluar rumah. Ingat! jangan sudah jatuh baru tergadah, baru menyesal dan baru kan memarahi anak biskita.

Lepak - Lepak dikalangan orang muda-muda

Orang muda punya tanggungjawap untuk mejaga maruah dan imej masing-masing. Jangan biarkan orang lain buruk sangka pada kita. Jaga imej kita. Difahami orang muda suka lepak di cafe, kedai makan dan sebagainya. Tujuan standard iaitu buang boring, buang stress, jumpa kawan atau boy/girl friend dan saja-saja minum atau makan dengan kawan2. Ini semua tidak salah. Cuma yang salah ialah apabila terlihat kelakuan sebahagian mereka yang kurang sopan seperti baibun berlebih-lebihan, kurang ajar seperti ketawa terbahak-bahak sehingga menganggu orang lain, mencarut-carut, menyumpah dan mengurat sehingga menganggu orang lain. Yang menjadi umpatan orang juga bukan hanya kelakuan yang kurang menyenangkan, juga pakaian yang tidak sopan. Orang muda-muda - jagalah imej!

Lepak - Lepak dikalangan orang tua-tua

Orang tua juga suka lepak terutama pak haji-pak haji, berbual bersama rakan-rakan di kedai kopi sudah biasa dilihat dan tiada yang membagi hairan atau menganggu. Cuma kadang-kadang sama juga kelakuan dengan orang muda yang tidak sopan dan tidak sesuai dengan usia. Ingatlah keluarga di rumah- ingat anak-anak dan isteri yang mungkin akan mendengar kisah-kisat biskita semasa lepak di kedai kopi, kadang-kadang rakan punya angkara, biskita pun terlibat sama, elakkan dari mengundang fitnah orang. Dikalangan mak hajah? emmm, jarang didengar atau jarang kelihatan, mungkin mereka suka lepak dengan anak-anak. Apa pun jangan lah dimulakan trend lepak ibu-ibu, tangungjawap dirumah masih banyak lagi... tetapi jika tidak mengundang prasangka dan berkelakuan senonoh, rasanya tiada masalah lahhh..

Sekadar pendapat peribadi...

Lady Diana

Pendapat5
Budaya lepak yang menyaksikan remaja menghabiskan masa di tempat awam seperti kompleks membeli-belah, perhentian bas, taman bunga dan sebagainya masih menjadi agenda yang tidak ada penyelesaian hingga ke hari ini.
Lepak di kalangan remaja ini pasti dikaitkan dengan isu-isu penyalahgunaan dadah, jenayah meragut, AIDS dan seks bebas serta pembuangan anak.
Gejala sosial lepak khususnya di kalangan remaja mendapat perhatian serius kerana ia melibatkan belia di kalangan umur 15 hingga 25 tahun dan pelajar-pelajar sekolah menengah.
Mereka ini melepak di pusat-pusat hiburan video dan di tempat-tempat awam sewaktu, sebelum dan selepas waktu persekolahan.
Budaya lepak bukanlah tingkah laku semula jadi, ia dihasilkan oleh persekitaran melalui pemerhatian terhadap orang dewasa.
Golongan remaja perlu memperbaiki diri mereka dari segi pendidikan atau kerjaya supaya dapat sama-sama menyumbang kepada pembangunan negara, namun perkara ini pasti tidak akan tercapai sekiranya anak-anak muda terus melakukan perbuatan sia-sia itu.
Kegiatan melepak jelas tidak berfaedah dan sangat merugikan. Ini dinyatakan dengan jelas dalam surah Al-Ashr:3, yang bermaksud ``Demi masa sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan soleh...''
Aktiviti melepak mempunyai kaitan dengan isu keselamatan negara kerana elemen yang tidak diingini mudah menyerap dan meracuni fikiran dan tindakan remaja yang melakukan kerja yang sia-sia itu.

Suria Pagi



1 comment:

Frosty said...

please view this blog
http://blogfr33dom.blogspot.com/

Related Posts with Thumbnails

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

SHOPPING WITH AMAZON