Feb 12, 2010

Kesilapan Beli dan Bina Rumah

Sering kali kita dengar bila beli rumah ....rumah tak siap ,duit dah bayar ,loan bank dah jalan.Sebelum membeli rumah pastikan anda bertanyakan soalan cepumas kepada diri anda dan pasangan anda.Antaranya :

1. Lokasi ? Lokasi ok ka ? pinggir bandar ?..tepi tasik ? atas bukit ? bawah bukit ? tepi sungai
    Perkara2 macam ni perlu diambil kira supaya pelaburan anda untuk membeli rumah tidak 
    sia2.

2. Siapa Pemaju ?
    Bab ni paling penting.Kita kena tau pemaju tu Syarikat yang Established atau tak.Jangan 
    kena pemaju BlackList sudah.Tak pasal2 kita pening kepala...loan dah jalan rumah tak 
    siap2...Anda boleh semak  dengan  Agensi Bertanggungjawab untuk mengetahui status 
    pemaju.

3. Kedudukan Kewangan
    Kewangan kita ok atau ko.Sendiri Mau ingat.Ukur baju di badan sendiri.Kalau anda hanya 
    mampu beli rumah sekitar RM 980000..dah kira ok la tu.Jangan gatal tangan plak beli rumah 
    yang berharga RM200000.Nanti kita akan gatal kepala...menggaru2 kepala yang tak gatal tu.

Bagi yang ingin bina rumah sendiri ni nasihat aku .Kita seharusnya memilik perancangan dengan teliti. Mempunyai perancangan bermakna mengambil langkah-langkah yang sepatutnya untuk memiliki rumah sendiri. Seseorang itu boleh mula bekerja keras dan mengatur perjalanan kerjaya atau membuat keputusan perniagaan yang baik supaya dapat menyimpan wang untuk rumah impiannya. Apabila duit dah cukup, barulah anda boleh mendapatkan khidmat arkitek untuk membuat pelan rumah impian anda.
Anda perlu memiliki pelan rumah supaya anda dapat mengira kos pembinaan rumah anda. Selain itu, anda juga dapat membeli simen lebih awal ketika harganya lebih murah.

Pemilik rumah yang merancang untuk membina pelan rumah harus berhati-hati terhadap 5 kesilapan yang boleh berlaku sama ada secara sedar atau tidak sedar. Kesilapan ini amat merugikan anda. Berikut adalah 5 kesilapan biasa pelan rumah yang harus diberi perhatian oleh anda:

1. Membuat pelan rumah tanpa merujuk undang-undang kerajaan tempatan.
2. Bermula pelan rumah tanpa mangambil kira saiz dan lokasi lot dimana rumah tersebut dibina.
3. Membina plan rumah diluar kemampuan kewangan pemilik rumah.
4. Mengurangkan kos plan rumah dengan mendapatkan khidmat nasihat bukan professional.
5. Bergantung kepada pendapat dan keputusan designer rumah tanpa membuat kaji selidik tentang rumah anda.

Membuat pelan rumah bukanlah satu perkara yang mudah dan pemilik rumah akan melakukan kesilapan semasa proses membuat pelan rumah mereka. Walaupun begitu pemilik rumah masih boleh mengelakkan kesilapan sekiranya mereka tahu apa yang perlu dielakkan.

Bagi Kakitangan Kerajaan yang ingin membuat pinjaman perumahan kerajaan sila klik Laman Web PERBENDAHARAAN untuk mengetahui kelayakan pinjaman anda.

Anda inginkan bentuk rumah idaman anda sendiri ? Layari..kediamanimpian.com atau architexture.com

No comments:

Related Posts with Thumbnails

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

SHOPPING WITH AMAZON