Feb 27, 2010

Bankrap @ Muflis

Kata sesetengah orang apa ada pada nama.Betulkah? Oh tidak..Sesiapa yang berpandangan begitu dia sebenarnya tergolong ke dalam kumpulan dungu.Sebenarnya nama cukup penting bila kita hendak membuat pinjaman perumahan ,membeli kereta ,memohon kad kredit ,menjadi penjamin dan sebarang urusan berkaitan kewangan dengan institusi kerajaan dan swasta.Kali ini aku nak kongsi topik bangkrap atau muflis.


Definisi @ maksud bankrap atau muflis

Seseorang yang gagal :

a. menjelaskan pinjaman orang perseorangan
b. sewa beli kenderaan
c. pinjaman peribadi atau perumahan
d. menjadi penjamin sosial
e. Kakitangan Kerajaan Kumpulan A yang menjadi penjamin tetapi sipeminjam gagal 
    membayar hutang
f. pinjaman pelajaran
g. Hutang Kad Kredit
h. Hutang Cukai Pendapatan

Dengan jumlah hutang tidak kurang daripada RM30,000.00

Rumusannya :
Kebankrapan adalah satu proses di mana seorang penghutang itu diisytiharkan sebagai bankrap lanjutan daripada suatu Perintah Penghukuman yang dibuat di Mahkamah Tinggi terhadap penghutang tersebut atas kegagalan atau ketidakupayaan untuk membayar hutang sekurang-kurangnya RM30,000.00.


Apabila berlaku kegagalan pembayaran balik hutang ,pemiutang akan memfailkan petisyen kepada mahkamah dengan syarat hutang tidak kurang daripada RM30,000 kerana jika di bawah nilai itu kes berkenaan tidak boleh diisytiharkan bankrap.

Kalau anda inginkan penyelesaian kerana telah diisytiharkan muflis atau mahukan maklumat lanjut tentang bankrap lawati laman web Jabatan Insolvensi Malaysia.Mereka boleh membantu cara atau langkah-langkah untuk  menyelesaikan masalah anda.

Sumber : harian Metro & Jabatan Insolvensi Malaysia.

8 comments:

Anonymous said...

HANYA PADA NAMA ...

Tergerak saya utk memberi komen pada artikel ini kerana ingin berkongsi pengalaman dan menjadi pengajaran kepada semua pembaca.

Pada sekitar tahun 2004, atas dasar kasihan dan ingin membantu kawan isteri yg ingin memulakan kehidupan selepas tamat pengajian undang2, saya telah menjual kereta wira yg tidak pernah saya pakai kepadanya secara sambung bayar.

Dan mungkin juga atas dasar tidak bertangungjawab, kawan isteri saya itu tidak pernah, walau sebulan pun membyr instalment kepada bank termasuklah cukai jln dan insuran.

2 tahun lepas ketika hendak mengeluarkan gaji di ATM utk membayar sekolah anak, saya mendapati akaun saya telah dibekukan, dan kerani bank tersebut memberitahu semua gaji saya telah dirampas, saya telah diisytiharkan bankrap. oleh kerana status bankrap itu juga saya telah dibuang kerja serta merta kerana saya bekerja di institusi kewangan. Hidup saya telah berubah sejak dari hari itu.

Saya menanggung 2 anak yg masih kecil dan bersekolah, kedua org mentua saya, ipar2. Dgn berstautuskan bankrapsi, mendapat kerja bukanlah senang, ditambah lg TANPA BOLEH menggunakan AKAUN SIMPANAN.

Hidup seperti kaum badwi kerana sering berpindah randah sbb x mampu membayar sewa. Pernah sekali ditengking, dimaki depan jiran dan anak2 oleh tuan rumah dan terus dihalau keluar tgh malam buta.

Dan saya masih lagi meneruskan kehidupan sebegini sebab... HANYA PADA NAMA ...

Anonymous said...

Pada 1998 saya memulakan sebuah bisnes kecil kecilan. Bisnes agak baik pada mulanya. Kemudian ada seorang kawan baik mahu turut serta dengan jaminan mahu memberikan sedikit dana untuk membesarkan lagi bisnes.

Umpama pucuk dicita ulam yang tiba. Tanpa berfikir panjang collateral dan kertas kerja dihantar ke bank. LULUS. Yahoo ... RM150k

Ku sangka panas hingga ke patang rupa hujan di tengahari. Bisnes merudum, aku di fire daripada syarikat. Aku kerja kerajaan. 2003 satu perintah mahkamah aku dapat daripada bank.

2005 aku dapat perintah mahkamah dan dijatuhkan bankrap. 2009 semua akaun dibekukan. Aku terus ke JIM Selangor. declare apa yang ada. Kena buat potongan gaji RM100 sebulan. Elaun perjalanan tak boleh masuk dalam akaun bank.

Kena buat surat permohonan lagi untuk lepaskan elaun2 berkenaan. Sampai sekarang masih belum selesai. Nak masukkan duit dalam akaun tak boleh. Nak masukkan cek pun tak boleh ...

seksa...

Takpe ,... tunggu lagi 5 tahun ... 2015 mungkin boleh minta dilepaskan daripada kebankrapan ini. Ingat nama kita juga akan diubah kepada si Bankrap apabila berurusan dengan Jabatan Insolvensi. Hinanya ..

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=JusyhQsUNYg

Anonymous said...

saye bertunang dengan seorang yang muflis, saye dapat rasekan bagaimana rasenye menjadi seorang muflis....hidup bagai tiada arah tuju...ape nak buat sume xleh.....segalanye tentang duit.....xtau nak teruskan ke tidak pertunangan ini.....

kal said...

saya nak bankrapkan diri sebab x tahan dengan ugutan pemungut hutang yang di lantik oleh bank lagipun saya x mampu nak bayar sebab di buang kerja angkara hasutan politik talibarut dalam kerajaan so waras tak kalu itu langkah yang di ambil? 5 tahun ok janji bukan dalam penjara

Jeffrey Norman said...

Saya merasa simpati terhadap anda yang pernah merasa dan/atau memahami rasanya dibankrapkan.
Ianya bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Oleh itu pada saudara/saudari yang 'rasa nak bankrapkan diri', nasihat saya, jangan.
Dan jika ada yang menyangka status bankrap itu akan digugurkan selepas 5 tahun, sila faham yang perkara itu hanya dalam peringkat perbincangan lagi. Saya rasa para pemberihutang tidak akan melepaskan para pemiutang semudah itu.
Saya mewakili satu syarikat yang menguruskan isu-isu kewangan. Kami bantu menyelesaikan kes-kes bankrap, CTOS, CCRIS, dan ada kalanya kes legal.
Kami telah berjaya menyelamatkan harta, rumah, tanah, kereta, dsbgnya dari dilelong oleh bank. Kami juga telah berjaya membantu pelanggan kami dalam rundingan dengan pihak bank untuk mendapatkan kaedah pembayaran yang sesuai/selesa untuk pelanggan kami terus berurusan dengan bank.

KAMI MEMULIHKAN STATUS KEWANGAN ANDA DENGAN BERUNDING BAGI PIHAK ANDA DENGAN INSTITUSI KEWANGAN UNTUK MENDAPATKAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK BAGI KEDUA-DUA PIHAK.

Jika anda ada masalah seperti di atas, sila hubungi saya untuk berbincang.
Jeffrey 0108972000 / 0108973000

Jeffrey Norman said...

You can also contact me via email:
jefadnan@live.com

Anonymous said...

Gagal byr hutang dgn perseorangan tu pe mksudnye...conth klu hutg dgn kdai perabut ke mcm tu ke yg xada kaitan dgn bnk ke?

Related Posts with Thumbnails

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

SHOPPING WITH AMAZON