Jan 23, 2010

Jumlah Penduduk Malaysia mencecah 30 Juta

Jumlah penduduk Malaysia kini menghampiri 30 juta orang

Info ni aku petik dari Utusan Online.Syabas kepada mereka yang memiliki anak ramai.

KAJANG 21 Jan. - Jumlah penduduk Malaysia dijangka mencecah 28.9 juta orang pada tahun ini berdasarkan kadar pertumbuhan kira-kira 2.1 peratus pada setiap tahun.
Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan, Datuk Wan Ramlah Wan Abd. Raof berkata, jumlah penduduk tahun lalu meningkat 1.54 peratus iaitu daripada 27.7 juta pada tahun 2008 kepada 28.2 juta orang.

''Orang Melayu kekal dengan kaum paling banyak iaitu 66.7 peratus diikuti Cina 24.6 peratus dan India 7.4 peratus,'' katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Pejabat Operasi Jabatan Perangkaan Negeri Selangor di Wisma Wan Asia di sini hari ini.
Pada masa sama, katanya, kaum lain iaitu bumiputera Sabah dan Sarawak adalah sebanyak 1.3 peratus.

''Selangor kekal dengan jumlah penduduk paling ramai di negara ini iaitu 5.2 juta orang diikuti Johor seramai 3.4 juta orang dan Sabah sebanyak 3.2 juta orang pada tahun lalu," katanya.
Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial/ Demografi), Ismail Yusoff; Timbalan Ketua Perangkawan (Program Ekonomi), Dr. Abdul Rahman Hasan dan Pengarah Jabatan Perangkaan Selangor, Ibrahim Jantan.
Menurut Wan Ramlah, kadar pertumbuhan 2.1 peratus pada setiap tahun adalah sihat dan bukan satu keadaan yang mendadak. Dalam pada itu, beliau memberitahu, jabatan berkenaan kini mempunyai 10 pejabat operasi di seluruh negara termasuk di Kajang.
''Tujuan pejabat operasi ini ialah mempercepat dan memudahkan penyeliaan serta mengurangkan kos operasi penyiasatan," katanya.
Mengulas bajet jabatan itu yang dikurangkan 30 peratus tahun ini, katanya, ia akan memastikan langkah penjimatan dilakukan dengan berkesan supaya perbelanjaan digunakan secara berhemah.
Beliau berkata, pihaknya akan menggunakan teknologi terkini seperti e-survey dan e-mel bagi membantu penjimatan perbelanjaan jabatan tersebut.

Sumber : Utusan Online.com.my

5 comments:

black_mel said...

tu x cmput pendatang lagi..kalau cmpur dekat 40 juta kot..huhuhu..

Ery Farieha said...

selangor plg ramai?
sarawak yg besa tu pun kalah dgn slangor,johor,sbh? adehh pelik~

Anonymous said...

pendatang indon leh masuk list gak tu...bersepah je dieorg kt selangor ni

Anonymous said...

negri malon! Masyarakat pribuminya,hanya sdikit. Kbanyakan CHINA,INDIA,and also INDONESIA. Smakin lama tergerus dan punah lah masyarakat pribumi malon.

Anonymous said...

INDON BABI>>>

Related Posts with Thumbnails

MY FrieNDs...

SHOPPING ONLINE...REGISTER AKAUN PAYPAL ANDA DI SINI..

Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.

SHOPPING WITH AMAZON